Friday, October 22, 2010

kenagan sebegitu

Tentatif gunung yong yap,bubu,kayung,kambing,tok nenek by belantik imaginasi



Alhamdulilah setelah genap setahun mengharungi suka duka,memori pencarian rakan sependakian pergunungan hasan ayat yg hilang di kawasan hutan simpan gunung yong yap masih segar dalam ingatan..sedih,terharu,bimbang,takut,kental dan tawakal kepada ALLAH masih menjadi satu tanda ingatan dan tiada jawapan bg rakan2 dlm ops SAR yong yap…..kali ini aku kembali lagi dlm misi mengingati rakan2 seperjuangan yg bersusah payah menghulur bantuan dlm ops tersebut….xpdc yg diberi nama “YONG YAP IN MEMORIES” betul2 menghiburkan hati kami bila mana hampir 80 pendaki berada di laluan yg sama…meriah… begitulah perasaan aku ketika itu…namun dlm kemeriahan,terselit seribu kisah dan seribu kesedihan….keheningan subuh di pagi terakhir agak sebak bg aku dlm xpdc ini….akhiri lah memori dan catatan aku yg x seberapa ini walaupon tanpa bukti2 dan tulisan loq…



Day 1



Aku,daus,faizal,ina,farah dan dila memulakan xpdc ke pos brooke,iaitu stating poin sg rengit pada pkl 9 melalui tempat pertemuan kami pd pagi itu di kg raja…sunguh sejuk dan dingin kata aku dlm hati…bagaimanalah kita di sana nnt…bisik hati kecil…ahhh itu semua bkn ukuran..bkn kali pertama aku melalui trek itu…bkn kali pertama aku sampai di puncak itu dan bkn kali pertama aku menghadapi cuaca sejuk itu…itu semua perlu dihadapi dengan tenang..dengan senyuman..teringat lg kata2 semangat ops yy….hadapi dengan senyuman…berbalik pada perjalanan ari ini…aku sebagai seorang yg lebih berumur dr rakan2 yg pertama kali aku kenal ini..aku menerangkan perjalanan kami di atas powil milik abg fauzi…ari ini kita akan ke puncak yong yap jika kita tidak menghadapi masalah…semua yg memahami kata2 aku tersenyum dan mengutarakan berbagai-bagai persoalan…abg…jauh tak perjalanan ari ini…pacak tak dan mcmana dgn rakan2 pendaki yg telah dulu memasuki laluan yg sama dr kita???adakah kita akn mengangu tempat tidur mereka dan tentative depa????aku telah lama bersedia dgn jawapan2 itu…aku telah mengkaji perjalanan2 mereka…aku telah bersedia jika kami terpaksa bersama mereka…mereka bkn asing bg aku..mereka adalah kenalan2 aku yg sgt rapat…aku kenal sikap mereka..mereka baik kata aku…mereka buleh bersikap tolak ansur…itulah sikap yg ditunjukan pada aku setahun yg dulu bila bersama dlm ops yy…aku mula membicarakan tentang persoalan2 tadi…group mus seramai 32 orang melalui laluan ke gng tok nenek…group ujang seramai 20 org akan melalui laluan ke gng yong yap..group utem seramai lebih kurang 15 org akn ke laluan yong yap…grop ari macha 12 org akan masuk pada hari esok dan kita berenam akan ke laluan yong yap juga kata aku….aku mula mengatur strategi…kalau ujang bermalam di kem balak pecah…kita terpaksa mendahului mereka…kita kena ke puncak yong yap…kalau kita bermalam di kem agas..kita akan kerugian masa dan berebut puncak yy bersama grop ari macha untuk esok…jd keputusan untuk hari ini adalah bermalam di puncak yong yap….mengeluh juga kata hati aku…puncak yong yap agak jauh dan agak sukar untuk pendakian pada hari pertama ini…korang kena bersedia berjalan malam dan menghadapi cuaca sejuk…kita kena bersedia dr segi fizikal dan mental…perjalanan dr stating poin ke peak yong yap agak sukar..kita akan mendaki melepasi beberapa bukit yg agak memenatkan…ini adalah sedikit log untuk korang memahami perjalanan kita kata aku dengan nada keras…kita akan bermula dengan melintasi sungai yg pertama di sebelah kanan kita atau jambatan ibu hasan…selepas itu kita akan mendaki bukit terbakar..dr bukit terbakar kita akan menyusuri lereng ke landing poin atau LP…disitulah helicopter menurunkan pendaki untuk memasuki ops yy.masa untuk ke lp hampir 2 jam perjalanan.setelah melepasi LP kita akan berjumpa dengan simpang tok nenek dan yong yap…disitulah rakan2 ops yy berpisah untuk memasuki laluan yg berbeza….kita hampir lewat sejam dr grop ujang,utem dan mus…mungkin kita akan mengekori mereka kata aku…kalau mereka berjalan agak perlahan..kita akan berjumpa mereka di simpang tok nenek….ahh sudahh…pasti leteran,kutukan dan gurauan terpaksa kita kena tangung….biarlah…mereka pon sama juga mcm kita…hutan bkn hak milik sesiapa..kemsait bkn hak milik sesiapa…jd apalah salah kita jika kita pon memasuki laluan yg sama….niat kita ikhlas..niat aku juga untuk bertemu mereka…hampir setiap kali mereka mengajak aku menndaki bersama mereka,,,aku menolak..aku tidak pernah bersama mereka dengan xpdc2 sebelum ini…

Kedengaran air dr LP semakin dekat..kami bergerak dengan agak laju memandangkan kami hanya berenam…LP telah kami lewati..semak samun telah mula menutupi padang yg luas itu…hanya sedikit masa lagi kita akan berjumpa dengan simpang itu kata aku…kami berenam menghapiri simpang…kedengaran jelas suara org bergurau2 dan bercerita..aku mendahului tebing untuk turun ke simpang yg terdapat sungai Y…sungai yg bercantum dr kaki gunung tok nenek dan yong yap…tiba2 jeritan dan kutukan semakin kuat..kami diseberang sungai..manakala grop ujang diseberang sana…bermulalah kutukan,ejekan dan gurauan2 dr grop ujang..kami hanya mendegar dan aku sebagai kawan yg mengenali mereka juga membalas kata2 kutukan yg bersifat gurauan itu…lama kelamaan gurauan menjadi semakin meriah…lontaran2 batu ke dalam sungai telah membuatkan kami kebasahan….aku telah mengistiarkan perang pada mereka..aku tahu jika gurauan2 tidak keterlaluan…sikap persahabatan yg kekal itu akan menjadi semakin kukuh…lontaran mercun dan batu memecahkan suasana girang dan gelak ketawa yg agak meriah…bermulalah satu xpdc yg bersifat friendly disurami keseronokan…gelak ketawa di simpang tersebut memecah keheningan pd pagi tersebut…sifat persahabatan yg ukhwah itulah yg membuatkan aku mengekalkan hobi mendaki gunung ini….

Perjalanan kami teruskan dengan mengekori grop ujang di hadapan…kami hanya mengekori..setelah sampai di sungai yg lapang…aku mendapati seseorang yg aku kenal…orang asli ini banyak membantu dlm ops yy…rajis sahut aku…dia hanya tersenyum…aku gerak dulu..kami hendak ke puncak yy hari ini..laluan telah byk berubah…sungai telah menjadi padang jarak,padang terkukur..batu2 sg yg dulu tersusun cantik kini bertaburan…laluan semakin sukar untuk di lalui..hampir keseluruhan trek sudah hilang..agak sukar juga untuk mengenali laluan dulu…berpandukan pada peta topo dan gps…pencarian semula trek yg hilang tidaklah sesukar mana..kami menyusuri laluan sungai dan seterusnya memasuki laluan hutan kembali… aku sebagai org yg mendahului,agak terperanjat dan merasai sendiri bagaimana kesan2 tanah runtuh menghalang laluan…agak besar juga kejadian kepala air menimpa kawasan ini…hanya kuasa yg maha esa sahaja yg dpt melakukan begitu…jarak dr simpang tok nenek dan yy untuk ke kem agas agak jauh…hampir 4 jam masa di perlukan…melalui trek yg telah lama pendaki tidak memasuki agak semak..rintis sedikit demi sedikit untuk memberi ruang pada pendaki mudah melalui kerana hampir kesemua pendaki pada hari pertama ini membawa haversak agak besar dan tinggi..kami berenam telah mendahului grop ujang…rajis masih tidak kelihatan lagi..setelah sampai di kem radio aku berhenti untuk menunggu…kelibat rajis mula nampak…aku tahu dari kem radio ke kem agas tidak jauh lagi,hanya 15 minit masa diperlukan untuk sampai di kem agas itu…kem yg dijadikan tempat memulakan ops dan pertemuan rakan2 yg bergilir2 mencari…rajis mula memintas aku sambil aku mengekori dr belakang…setelah semua grop sampai di kem agas…kami mula berkenalan..kami mula berbincang tentang pendakian kami seterusnya…grop ujang akan ke kemsait balak pecah…grop utem akan menetap di kem agas…dan grop kami akan ke puncak…jam telah menunjukan pkl 5 ptg…bg kiraan aku..berniat untuk sampai ke puncak agak mustahil…aku hanya mengiyakan sahaja permintaan kwn2 aku….aku tahu agak sukar diterima akal untuk sampai ke puncak yy dengan waktu telah menghampiri petang..tp aku hanya ingin memuaskan hati grop yg aku bawa…dr kemsait agas kita akan menyusuri semula sg…setelah hampir 2 jam perjalanan kita akan sampai di sg y kecil…disitu kita akan mengisi air untuk kegunaan minum dan memasak.jika kita tidak sampai ke puncak mlm ni…kita akan bermalam di kemsait balak pecah bersama grop ujang,,jarak perjalanan untuk ke puncak akan mengambil masa selama 6 jam..mustahil kita akan sampai awal tambahan kita berjalan malam…kata aku pada grop aku…masing2 sudah memahami…tanda2 dan semangat tido di puncak mula goyah…x pe kata aku…kita hanya merancang..bukan semua rancangan kita akan berjaya…perjalanan mendaki permatang puncak yy agak perlahan…laluan sudah bertukar dr landai ke mendongak..rengusan dan keluhan semakin kuat berbunyi…aku hanya mengiyakan sahaja pertanyaan-pertanyaan bila kita akan sampai dan berapa lama dan jauh lg…aku tahu laluan inilah yg akan membuatkan setiap langkah akan menjadi perlahan….hampir 3 jam kami mendaki…tanda2 kem balak pecah masih jauh untuk sampai…aku hanya melayan rentak pendakian aku bersama grop aku…grop ujang yg td bersama2 berjalan,sikit demi sedikit berjauhan…kegelapan dan keheningan mlm telah membuatkan kami agak perlahan…mata semakin kuyu..kudrat semakin sikit…perut sudah mula meminta-minta…aku seperti biasa akan mengingati tanda-tanda yg paling hampir dengan kemsait balak pecah…pendakian kami pada hari pertama tamat pada pkl 12 mlm…suatu masa yg lama di ambil bg aku…tp aku tahu dan aku masih igt dimana rakan2 dlm ops yy dahulu hampir setiap hari melalui kwsn ini…siang dan malam…tiada keluhan yg didengari…hanya semangat mencari yg di tanam pada setiap sanubari…penat dan lapar tidak menjadi masalah…letih dan bosan tidak pernah di runguti…hanya satu…mencari dan terus mencari…itulah kekuatan sebenar dalam misi mencari dahulu…hampir keseluruhan hutan belukar telah di terokai….namun hampa..di kemsait balak pecah ini jugalah aku membaca luahan hati para-para resque….TAHAN TUNGGU…TAK TAHAN CABUT….ekekekekkeke..



Day 2….



Sudah siang kata aku dlm hati…cepat benar masa berlalu…aku masih menunggu grop aku yg tidak sampai2 dr semalam…aku mula risau…semangat tidur di peak yg disebut2 semalam terus pudar…kemsait balak pecah pon tidak sampai…inikan pula nak bermalam di puncak yy…aku mula turun untuk mencari…tidak sampai 15 minit perjalanan,aku telah menemui mereka dan mengarahkan mereka untuk naik ke kemsait balak pecah…sesambil aku mengemas havershak aku…aku mula mengatur strategi perjalanan ari ini…kata aku pada mereka…kita akan naik ke puncak yong yap dan seterusnya ke puncak kambing/bersebelahan puncak tok nenek…perjalanan yg akan mengambil masa hampir 10 jam perjalanan hari ini..aku mula menerangkan tentang trek yg akan kita lalui…dr kemsait balak pecah kita akan mula menaik ke last water poin gng yong yap…disitu kita akan mendaki akar2 kayu sehingga sampai di simpang gunung bubu dan yy…disitu kita akan tingalkan beg dan naik ke peak yy secara daypack…simpang gng bubu disebelah kiri,manakala simpang ke puncak g yy di sebelah kanan..dr simpang bubu ke gng yong yap kita akan mendaki selama 1 jam setengah..kita akan mula menurun semula ke simpang gng bubu dan seterusnya menurun ke laluan gng bubu..dr simpang gng bubu,perjalanan naik turun agak memberi kesan kerana laluan yg agak panjang…sebanyak 4 bukit tipu terpaksa kita lalui…selepas puncak bukit view yg terakhir kita akan mula memasuki permatang kaki gng bubu…dari permatang tersebut…kita mula mendaki sehingga sampai di puncak gng bubu..di puncak gng bubu…kita akan bermalam atau meneruskan perjalanan ke puncak kayung...puncak pertama kita akan jumpa dan puncak kambing dengan puncak tok nenek akan berada di depan kita…setelah taklimat serba ringkas diberi..aku telah berjumpa dengan ujang mengatakan kami akan bergerak dahulu…perjalanan kami agak jauh hari ini…ujang menyuruh aku membuka radio…kami memulakan perjalanan ari ini dengan semangat menuju ke puncak yy…contact-contact..9w2swl…dari 9w2jbt panggil…go head kata aku…lokasi kau di mana??aku telah sampai di simpang bubu…manakala grop aku belum sampai..aku telah lama menunggu…korang di mana??balas aku…kami baru bergerak..kata jebat..kalau begitu aku akan menunggu grop aku sampai dan seterusnya daypack ke peak yy…balas aku..setelah hampir 1 jam menunggu…grop aku berempat mula tiba…hanya seorang yg belum tiba…faizal taliban telah peawai dan tidak mahu meneruskan perjalanan..ahh sudah kata aku…ok,ok ko standby jap jebat…aku nak coling yon…9w2 vmy..9w2swl panggil..weh yon ko ada Nampak faizal Taliban on trek tak???klu ko jumpa dia…bgtau yg aku suruh dia naik ke simpang bubu…sesambil aku menunggu…aku perasan topi yg telah ditinggalkan oleh rakan pendaki dahulu..aku membelek2 topi yg agak lusuh tersebut…mungkin sebagai tanda persimpangan kerana terletak pada tunggul kayu betul2 di pertengahan simpang…emm x pe lah..biarkan iya sebagai tanda kata aku dlm hati…mizi…mizi….jebat nihh…aaa ada jumpa faizal???ada katanya…aku telah suruh dia naik…ok ok kata aku…tp aku nak ko hadiahkan aku jaket lowe alpine ko kt aku…kata jebat…ahh sudah,hanya jaket itu yg aku sayang…kalau aku bg kt ko topi lowe ko nak tak???balas aku dengan nada selamberr…mesti la nak balas jebat…aku terus mengambil topi dan berpikir mcmna nak kenakan jebat…kesan saki baki lumpur di lorong tikus masih byk melekat pada kasut aku…aku terus melakar pada topi tersebut…ok jebat..nanti ko naik ke simpang…aku letak topi tersebut di belakang beg aku…aku sembunyi di situ…Nanti klu sampai ko ambik lah…jawap aku dalam radio…ok ok katanya…setelah melihat kelibat faizal…aku memberikan dia ubat…faizal tidak mahu mendaki ke puncak…aku suruh dia tunggu sahaja di situ…sementara 4 org dr grop aku telah lama naik ke peak…aku mengejar dr belakang…eh eheh br sampai disini..puncak masih jauh dan kita perlu cepat kata aku…aku terus meningalkan mereka…aku telah menghampiri puncak dan seterusnya menjejakan kaki ke puncak yy…alhamdulilah kata aku…syukur…telah lama aku tidak kesini…hampir beberapa tahun…masih sama peak ini,kesegaran udara dan view yg memukau jiwa…seluruh banjaran titiwangsa aku lihat…puncak bubu dan toknenek tersergam indah…puncak korbu,gayung,yong belar nampak kejauhan dan sayuppp mata memandang…aku mula memikirkan perjalanan ari ini…hari ini juga kami akan menuruni lembah dan akan menemui kemsait hasan…disinilah semasa ops yy,tempat tidur hasan dijumpai..disini juga kami mengjangkakan akan mengambil air untuk bekalan ke puncak bubu…puas aku meninjau2 ke lembah sungai…namun kering kontang..aku mula gelisah dan terharu..jika disini hasan tidur pada 2 hari pertama dia hilang…mungkin pihak yg mencari akan menjumpai beliau…tp kemanakah hasan pergi???dari kemsait hasan kita akan mendaki dan menuruni lembah…hari ini kami akan bertembung dengan grop mus yg datang dr arah tok nenek…mungkin mereka akan berselisih dengan aku di laluan menurun dr puncak bubu atau di tengah2 perjalanan nnt…lama juga tidak berjumpa dengan mus ini kata aku..cuaca yg baik dan mula beransur-ansur gelap tidak melemahkan aku untuk sampai awal ke puncak bubu ari ini…matahari mula melabuhkan cahayanya..namun aku yg berada dlm kedudukan org terawal masih belum menjejakan kaki lg ke peak bubu…hari semakin gelap…suara dr puncak bubu agak kuat kedengaran…aku pasti itu adalah suara dr grop mus yg terakhir..mungkin mereka berhenti trekking untuk menghormati waktu maghrib…trek mula gelap dan aku mengambil keputusan untuk berhenti trekking…didalam fikiran aku bermain mcm2 perasaan…kalau kita ditempat hasan pada waktu ini…alangkah susahnya hidup…cuaca sejuk mula menikam kalbu…ungas2 telah mula berkicauan… ungas2 mula pulang ke sarang …hanya kami yg belum sampai ke destinasi yg di tuju…aku hanya bertafakur seketika…jom kita gerak kata aku pada farah dan dila..laluan makin menaik dan suara dari puncak bubu jelas kedengaran…sikit lg pujuk hati..langkah diteruskan dan kami bertiga sampai di puncak bubu…alhamdulilah kami org terawal sampai dan berjumpa dengan mus yg menyalakan ungun api serta menghulurkan pada aku secawan tea untuk memanaskan badan…setelah grop mus turun ke laluan yg kami naik tadi…aku mula memikirkan tentang kwn2 aku yg belum sampai..aku menyalakan mercun untuk memberitahu yg kami telah sampai di puncak bubu…sesambil menghidupkan ungun api semula aku mula mengingati rakan2 ops yy..di puncak bubu inilah rakan2 silih berganti menunggu..disinilah jua rakan2 menjaga alat komunikasi radio…disinilah jua rakan2 menghabiskan masa selama 5 ke 6 hari untuk relay station…relay perhubungan komunikasi dr puncak bubu ke pusat operasi di kemsait agas,seluruh team RQ didalam hutan2 sekitar kaki gunung yy dan balai polis lojing..bertapa susahnya komunikasi waktu itu..hanya yg menyertai pasukan mencari dan menyelamat yg tahu bertapa pentingnya alat komunikasi ketika itu…alhamdulilah didalam trip ini seramai 5 ke 6 org telah lulus ujian dan memiliki lesen radio amatur…setelah semuanya sampai…kami mendirikan khemah dan bermalam disini..cuaca sejuk tidak menghalang kami dr bergurau senda dan masak memasak…aku gembira kerana dapat jua merasai sendiri pengalaman bermalam di puncak bubu ini….



Day 3



Cuaca sejuk hingga ke tulang memaksa aku bgn awal ari ini…cuaca yg jatuh hampir 10 darjah celcius ini agak membataskan aktiviti..namun matahari mula memancar dengan cepat..panas di puncak bubu mula meresap ke dalam tubuh badan kami…view tok nenek semakin terang…view seluruh banjaran titiwangsa mula menampakan diri..kebesaran yg maha esa mula bermain-main di fikiran…hampir seluruh banjaran titiwangsa telah aku mendaki…berulang kali pergi..namun kepuasan melihat ciptaan maha esa semakin kuat dan semakin menyentuh jiwa…aku bertafakur sebentar…sunguh indah ciptaan maha esa ini…setelah kami siap serapan pagi…aku menyatakan pada grop aku yg kita akan berjumpa grop poncho…dia telah mengatakan pada aku yg dia akan mendaki pada hari kedua kita di dalam hutan…dia akan masuk melalui laluan tok nenek…bermakna kita akan berjumpa dia di puncak tok nenek nanti…manakala perjalanan kita ari ini semakin dekat dan akan menikmati permandangan yg indah di puncak tok nenek…melihat matahari turun dan melihat laluan kita dan seluruh hutan yg telah diredahi untuk mencari hasan…bertapa luasnya ops mencari hasan setahun yg lepas..laluan yg kita akan lalui hari ini hanya 4 jam sahaja kata aku..itu pon kalau kita bermalam di puncak kambing…kita tengok keadaan kerana aku telah berjanji pada poncho yg kami akan bersama-sama akan bermalam dengan grop dia di peak kambing..tersenyum lebar grop aku bila mendengar kata2 aku…rindu pada masakan dia dan rindu pada sikap terbuka dia…sebenarnya trip ini kita bersama dengan dia…aku telah masuk dahulu ats sebab2 tertentu…ok perjalanan kita ari ini sunguh senang dan mudah..kita hanya perlu turun dr peak bubu selama sejam setengah dan akan berhenti di kemsait lopak air…disitu kita akan mengisi bekalan air untuk di bawa ke puncak kambing,dikemsait ini juga rakan2 pendaki dr arah tok nenek akan mengisi bekalan air ke peak yy..hanya inilah punca air yg paling hampir dan paling senang untuk diambil…grop ujang pula akan bermalam di last water poin gunung tok nenek kata dia pada aku…dr kemsait lopak kita akan mula menaik dan akan berjumpa dengan peak kayung terlebih dahulu…dari peak kayung ke peak kambing kita akan nampak dan sahutan dr peak kayung buleh didengari…hanya 15 minit untuk ke sana..kami selesai sahaja sesi bergambar dan mengemas kami menuruni lembah untuk ke kemsait lopak air..hanya sekejap sahaja masa di ambil untuk sampai ke kem lopak air ini…laluan yg menurun dan tidak banyak mendaki ini mencepatkan lagi langkah kami…masing2 begitu teruja untuk sampai ke peak tok nenek…setelah selesai mengambil air di kem lopak aku seperti biasa akan mendahului rakan2 pendaki lain…aku sungguh bersemangat hari ini..peak tok nenek yg menjadi pujaan seluruh pendaki..peak yg berbatu dan buleh melihat view 360 darjah ini menjadi kegilaan pendaki..aku seperti biasa menghayun langkah dengan tenang..aku tahu peak tok nenek semakin aku hampiri…aku menyahut poncho dari peak kayung…sahutan aku dijawap..aku gembira kerana sebentar lg aku akan berjumpa dengan poncho…

No comments:

Post a Comment