Friday, October 22, 2010

kenangan berlalu

Xpdc gementar trans gopeng (santai la sangat) by belantik irmaginasi

Salam semua…salam sejahtera buat percinta alam..buat pendaki gunung..buat semua yg mengikuti xpdc ini..xpdc yg agak gementar dimana permulaan trans gopeng yg telah lama tidak di ziarahi..alhamdulilah hasrat dihati tercapai jua untuk menakluki laluan – laluan kenangan lalu…di mana kenangan lalu di imbau kembali di laluan yg sama…agak gementar bila mana peserta kali ini terlalu ramai dan gementar jua setelah laluan – laluan yg dulu dilalui telah banyak berubah dan hampir lenyap di telah zaman…Alhamdulilah tercapai jua misi mengimbau kenangan dulu, tercapai jua walaupun rintangan demi rintangan terpaksa di lalui…kecekalan hati di cabar,keyakinan diri di nodai,kekuatan fizikal dihantui,kekuatan mental di racuni…semangat yg tinggal memberi seribu satu kepuasan..shukur kepada ilahi kerana trip kali ini banyak mendewasakan diri aku…banyak meningalkan kesan yg mendalam dlm diri aku…tapi aku puas…aku gembira…aku pasrah apa yg terjadi…aku telah memasuki umur 32 tahun di laluan trans gopeng ini….berbekalkan semangat yg ada inilah kejayaan dan kepuasan terlihat dalam diri aku…..

Day 1

Bertolak ke pekan gopeng dr medan gopeng bersama kwn baru…Azizah..seorang yg suka senyum dan pendiam…suka gelak…peserta yg pertama kali aku kenal di xpdc ini byk membuatkan aku gelisah…aku takut aku x dapat membantu seperti mana aku berjanji pada dia…aku gementar jika sesuatu perkara buruk berlaku pada dia…aku gelisah jika cerita2 aku semasa mengajak dia menyertai xpdc ini tidak seperti mana yg digambarkan…ala senang jer trek dia…trek trans gopeng memang santai…trek trans gopeng memang untuk beginner…azie jangan risau kata aku pada dia..Alhamdulilah dia berjanji akan mengikuti xpdc ini..tidak dpt digambarkan perasaan gembira dan gementar aku pada dia…pertama kali bertentang mata di stesen bas medan gopeng membuatkan aku sungguh gembira…tp dihati kecil aku berkata…jika disini permulaan pertemuan aku dan azizah…disini jualah perpisahan akan berlaku..walau macam mana sekali pon aku tetap akan berpisah disini…dengan semangat yg membara..aku gagahkan jua memujuk hati aku….ahhh tiada apa akan berlaku jika niat kita baik..niat kita sama…niat kita untuk beriadah…niat kita untuk mengenali kawan2 sehobi dengan kita…niat kita untuk menakluki gunung…niat kita hanya satuu…yg selebihnya aku berserah pada yg esa…

Tepat jam 9 pagi kami bersama grop dr pkns bertolak ke hulu sungai kampar…disinilah peserta diturunkan untuk memulakan xpdc..hujan renyai2 telah membasahi kami…semua peserta sibuk dengan persiapan kali terakhir sebelum memulakan xpdc…aku seperti biasa memastikan peralatan semua yg diperlukan telah ada…dengan sedikit warming up dan bacaan doa…kami memulakan perjalanan pada pkl 10 pg…laluan di sebelah kiri pendaki jika mengadap ke sungai ulu geruntum…melewati sebuah jambatan dan trek pokok kelapa sawit agak mendamaikan jiwa pendaki seperti aku…laluan yg pendaki terpaksa tempuhi adalah trek tanah merah dimana satu ketika dulu terdapat paip air besar..tp sekarang semuanya telah tiada…tiada lg ujian mengimbangi badan untuk pendaki-pendaki seperti 5 thn dahulu…yg tingal hanyalah konkrit2 penahan paip air sahaja…aku makin tertekan…fuh sudah tiada lagi tempat aku membaca laluan trek ke kg org asli sg penjalin…hanya laluan tayar2 motor sahaja yg dapat dijadikan panduan..
Melewati jam 11 pagi peserta2 telah melalui perkampungan asli sungai penjalin..lega rasa hati..mmg betul laluan ini…bisik hati aku..hati2 kata asli pada aku setelah melihat kelibat kami yg hendak ke Cameron highland…hati2 dengan air sungai yg kuat dan deras…insyaallah kata aku..jam hampir ke pkl 11.30 pagi..kelibat dam lama masih belum di temui..hanya itulah panduan aku sebenarnya…jalan kedepan lagi sambil mata mencari-cari dam lama yg 5 tahun dahulu pernah aku singgah…lega rasanya bila nampak dam lama yg masih utuh tersergam indah di tepi trek..semak samun telah melitupi dam..kami berhenti rehat disini…aku mendapatkan azizah dan bertanyakan kesihatan dan reaksi dia..expirasi muka azizah kelihatan tenang dan sesekali tersenyum.xpirasi diri azizah sunguh mendamaikan jiwa aku kerana xpirasi seperti dia dapat menenangkan perasaan keletihan dan mental down…aku amat berharap azizah dapat menyesuaikan diri dengan kawan2 baru..maklumbalas azizah sgt baik ketika kami disini…setelah semua pendaki kelihatan lapar…aku mengarahkan makan tengahari disini..aku seperti biasa..perut masih buleh bertahan…aku simpan nasi bekal yg dibawa untuk makan ditepi sungai setelah kami sampai di sungai yg dahulunya kami menyeberangi…pkl 12 tghari kami bergerak menuju ke sg yg dimaksudkan…kami sampai di sungai tersebut lebih kurang pkl 2 ptg…aku mengarahkan semua berhenti untuk menunaikan solat dan merehatkan kaki dan bdn untuk meneruskan perjalanan..

Perjalanan diteruskan..aku seperti biasa membuat tanda2 perjalanan,sekirannya pendaki melalui trek tersebut…sungai kampar akan berada di sebelah kanan pendaki..laluan2 buluh berjaya kami harungi dimana terdapat buluh2 tumbang.pacat pacat yg sedia menyerang kami bertungkus lumus menghisap darah kami…banyak sungguh pacat kali ini…ahh biarkan lah dia..dia pon makhluk tuhan juga..penghuni hutan ini mmg tidak memberi belas kasihan kepada kami..sesakali terdetik jua dihati memarahi pacat yg agak mengila menyerang kami…

Pkl 4 ptg kami telah menyeberangi sungai kampar..sg yg agak deras mengalir setelah hujan x berhenti2 turun…kami semua berjaya mengharungi ujian yg amat aku risau ini..aku mendapatkan azizah..aku mengajar dia bagaimana mengharungi sungai yg besar dan arus air yg deras ini…aku byk bertanya pada azizah tentang kemahiran berenang beliau..ternyata dia tidak secekap yg dijangkakan..x per lah mungkin dia akan mendapat kenyakinan didalam xpdc ini..keyakinan dimana bermain dengan air…alhamdulilah dia tidak cemas seperti aku jangkakan..aku membuka nasi bungkus dan memakan dengan lahap sekali…azizah tidak makan..katanya tidak berselera..aku seperti biasa tidak suka memaksa..mungkin dia mempunyai alasan sendiri…aku biarkan…

Perjalanan diteruskan lagi…kali ini pendaki terpaksa menempuhi anak bukit..mendaki dan menuruni semula anak bukit tersebut..laluan buluh terpaksa kami harungi…tangan tidak berhenti menetak buluh2 yg tumbang…satu ketika kami terpaksa meniarap dan merangkan di bawah pepohon buluh…ini sahaja laluan yg buleh dilalui kata aku…setelah menuruni anak bukit tadi..peserta akan melintas anak sungai dan akan menaiki semula laluan di sebelah anak sungai..pendaki akan berjumpa dengan kawasan lapang..kawasan ini juga buleh di jadikan kem sait..perjalanan diteruskan lagi…aku melihat azizah telah tidak bermaya..aku perlahankan rentak pendakian sambil tangan menghayun parang menebas semak..setelah jam hampir pukul 6 petang..keadaan didalam hutan mula gelap…aku mula risau dengan perjalanan kami hari ini…aku tidak lg melihat kelibat azizah..aku mula risau..tekanan demi tekanan dr pendaki2 lain telah menghantui diri aku…kenapa terlalu lama hendak sampai ke kem sait kaki bukit ribooo..mental aku mula kacauu…suatu ketika di puncak bukit..fikiran aku telah goyah…tetapi dengan kudrat yg masih ada aku cuba mengharungi jua laluan yg aku anggap sudah tidak betull…dengan berbekalkan semangat yg ada..aku cuba menjejaki laluan dimana pendaki akan sampai di kaki bukit dan seterusnya trn ke sg kampar kembali…alhamdulilah sampai jua ke tempat yg di tuju..pkl 6.30 ptg kami sampai disini..aku mula risau dengan azizah…aku mengeluarkan headlamp dan naik semula mencari azizah..tidak sampai 20 minit aku menemui azizah bersama seorang rakan..rakan2 pendaki yg sampai awal telah aku suruh ke kemsait yg hanya 30 minit menyusur ke atas untuk ke tempat perkemahan kami pada hr ini…setelah pendaki2 lain telah naik ke atas…aku mula menyusuri sungai bersama azizah..perjalanan mengharungi sungai agak tidak mengizinkan kami..kami mengunakan laluan mendaki ditebing sungai..pkl 8 mlm aku dan azizah serta peserta2 lain selamat sampai…alhamdulilah bisik hati aku…orang terakhir sampai pada hari ini pada pkl 10 mlm…

Day 2

Bersiap2 untuk mendaki pada hari ini agak lewat kerana masing2 telah keletihan…perjalanan sejauh 8 kilo meter telah kami harungi pada hr semalam…mendaki kaki bukit ribo yg agak pacak membuatkan kami agak perlahan…azizah telah meminta berjalan di belakang…aku membenarkan kerana aku telah mula melihat perubahan pada diri dia..aku tidak berdaya hendak menolong dia pada hari ini kerana tugas untuk melancarkan perjalanan mendaki hr ini agak terganggu dengan keadaan trek yg semak samun seperti laluan telah tidak dilalui selama beberapa tahun…kami berehat sebentar di puncak bukit kaki riboo yg berketinggian melebihi 3000 kaki ini…setelah melihat kelibat azizah…aku mula menghayunkan kaki semula menuruni bukit riboo dan seterusnya ke sisir sungai kampar semula…sudah pukul 1 ptg kami tiba d sisir sungai yg dinamakan lubuk mandi…dedulu kami mandi manda di lubuk ini…menaiki tebing batu dan menyusuri tebing batu agak gayat bagi sesetengah pendaki…aku akur jika ini ketentuan ilahi…kami akan semuanya selamat mengharungi trek yg agak merbahaya ini…kenapalah aku tidak menceritakan keadaan sebenar pada azizah…alhamdulilah azizah memberikan isyarat baik sewaktu mengharungi tebing batu tersebut…lega rasa hati.kami berhenti rehat makan tengahari di anak sungai atap..pkl 3 ptg kami menyusuri pepohon buluh dan sampai di kg asli sg atap pada pkl 4 ptg…alhamdulilah kata aku.aku bertanyakan kesihatan nenek2 asli tersebut…aku bertanyakan buku log yg perlu diisi oleh pendaki…keadaan buku yg agak daif dah muka surat yg terakhir aku isi…aku membelek log perjalanan aku pada trip terdahulu…fuh thn 2004 aku sampai disini…nenek asli bertanyakan pada aku laluan yg kami hendak keluar…kata aku sg jantung..nenek asli tersebut menasihati aku supaya keluar ke laluan bharat tea..katanya laluan ke sg jantung tidak bule dilalui lg…trek semak dan tidak buleh menebas lagi…aku degil dan sayangkan laluan sg jantung..aku nekad hendak kesana jua..

Kami memulakan perjalanan ke kiri simpang tiga kg sg atap menuju ke trek asal trans gopeng…setelah sampai di satu tempat..aku dapati laluan mmg tidak dapat dilalui lagi…aku nekadkan jua mencari trek yg telah hilang…aku turun semula ke tempat rakan2 pendaki menunggu aku…aku masih tidak berpuas hati kerana trek yg aku lalui dulu telah hilang sama sekali oleh rimbunan buluh2 yg tumbang…aku naik semula untuk memuaskan hati…akhirnya aku hampa kerana penat lelah aku selama hampir 1 jam menemui jalan buntu…aku trn semula dan mendapatkan persetujuan berpatah balik dan memberi peluang terakhir pada aku untuk menjejaki laluan lain…turun semula ke anak sungai dan memasuki sebelah simpang kiri..terdapat marker lama..mungkin ini laluan pintas kata aku…hampir sejam berjalan,trek mula terputus dan hilang..laluan tidak dpt dilalui lagi..aku masih berusaha mencari trek yg terputus…hampa jua.akhirnya aku nekad menyusur sungai..aku membuat laluan baru dan trn ke sungai kampar…itu sahaja jln yg aku pikirkan ada dlm benak pikiran aku..jika aku bernasib baik aku akan sampai di kg asli tinggal…disitulah tempat yg perlu aku tuju..setelah trn ke anak sungai..keadaan berpihak kepada aku kerana berjumpa dengan asli yg menjala ikan..dia mengatakan pada aku..memang lalaun sg jantung tidak di laui lagi oleh pendaki…kalau aku hendak kesana jua..tiada jln lain selain mengharungi sungai kampar ini…masa yg diangarkan untuk sampai ke kg tingal asli selama 3 jam katanya jikalau mengikut arus sungai..jam menunjukan 6.30 ptg…masih sempat jika aku nak kesana…berbekalkan semangat dan kudrat aku lewati jua untuk kesana…alang2 membuat keputusan..biarlah yakin kata naluri aku…aku tidak lg mempedulikan azizah ketika ini…dibenak pikiran aku hanya satu….kampung asli tinggal…disitu kami akan bermalam.

Setelah jam hampir 7 ptg…kami masih di arus sungai…keadaan sudah gelap,peserta sudah tidak bermaya..mental aku sudah kacau…aku decide berhenti menghormati waktu azan dan berbincang kedudukan kami menggunakan peta topo dan gps..aku sudah tidak yakin dengan laluan yg aku lalui kerana merasakan terlalu lama kami mengharungi sungai ini..peta topo dan GPS tidak dapt menolong aku mengesan di mana kami berada pada ketika ini…aku amat kecewa bila kedudukan kami tidak dapt diketahui…aku mengambil keputusan supaya berjalan semula…dalam diri aku..berbagai kemungkinan telah menghantui,,,jika tidak menjumpai kg asli tinggal tersebut..bermakna kami telah tersasar…aku menajamkan mata didalam kepekatan malam untuk memastikan batu sungai di kg asli tgl tersebut menjadi pedoman buat aku..namun hampa…aku sudah tidak berdaya…aku sudah hilang kewarasan berpikir…aku sudah tidak dapat memastikan dimana kedudukan kami…aku jd buntu memikirkan keadaan aku yg telah kehilangan panduan…aku pasrah..aku telah memikirkan keadaan azizah…bagaimana aku hendak menjelaskan keadaan ini…aku mula berfikir yg bukan2..semangat aku telah luntur…aku tidak dapat lg berkata2…aku mula peawai dengan keadaan ini…bila badan dan akal telah bersatu menjadi kegelisahan…akal tidak dapat menentukan apa yg aku buat…peserta2 hanya mengikuti aku…kalau kekiri aku..kekirilah diorang…hanya sekelumit doa di jadikan pertunjuk buat masa ini…jam hampir pukul 9.30 mlm..tempat dituju masih tidak memberikan apa2 panduan…aku hilang punca…

Didalam kegelapan malam…aku langkahkan jua hayunan kaki ini…hanya satu keputusan perlu aku buat…emergency kemsait…headlamp aku sudah tidak bermaya menyuluh lagi…badan aku mula mengeletar,fikiran aku mula melayang2…jiwa aku sudah pasrah…Alhamdulilah aku dengan naluri yg ada aku menyuluh satu kawasan tebing…sekali imbas kawasan tebing sungai ini tidak dapat di duduki…tp aku hanya buleh berkata pada semua peserta….kita akan bermalam disini..kita akan membuka kemsait emergency disini…mcmmana rupa bentuk tempat tido kita mlm ini aku tidak tahu…muat tidak muat soal kedua…soal pertama kita perlu bermalam disini kata aku…alhamdulilah semua berjalan dengan lancar..pkl 10 semua sudah siap…semua dapat tido dengan selesa…terima kasih kawan2 kerana memahami…aku seperti biasa masih tidak berpuas hati dengan kedudukan kami…aku melihat kembali peta topo dan GPS..aku senyuruh mengambil lagi sekali koordinat kedudukan kami..tuhan telah membuka minda aku dengan membuat beberapa perubahan pada seting GPS…alhamdulilah kedudukan kami dapat di kesan dengan tepat…betul jangkaan naluri aku..kita di laluan betul….aku sudah mula berpuas hati..tetapi masih was2 dengan simpang yg aku hendak tujui…x pe lah mungkin besok kita akan menemui simpang tersebut…mandi2 dan terus pengsan…pertama kali berlaku pada diri aku…ramai kawan2 mengatakan aku terus flet…aku terima keadaan ini dgn hati terbuka…esok kita akan naik semula trek yg kita cari untuk ke kem sait sg jantung….

Day 3

Bangun2 kata aku…harini kita perlu ke kemsait sg jantung..tempat sebenar perkhemahan kita…aku pagi2 telah mengajak mat mencari simpang tersebut…alhamdulilah masih ada marker yg aku ikat terjuntai di sungai y dimana pertemuan sg jantung dan sg kampar…trn semula ke kem sait..mandi manda dengan hati yg girang…disini jua rakan2 melihat perubahan pada diri aku..aku sungguh gembira hari ini…kegembiraan aku disambut dengan tradisi menyambut hari jadi rakan2 gunung…teruk aku dikerjakan..aku hanya tersenyum puas..aku menyambut ulang tahun ke 32 di sini…berbekalkan hadiah coklat dr azizah..kami berkongsi kegembiraan…terima kasih azizah..hanya tuhan yg tahu bertapa gembiranya hati setelah tidak menyambut ulang tahun selama aku hidup di muka bumi ini…hanya tuhan yg tahu bertapa jiwa kasar aku selama ini tersentuh dan terharu dengan pemberian hadiah oleh azizah…aku bersyukur dengan apa yg telah aku lalui selama ini..aku amat berterima kasih pada semua…

Pkl 10.30 pg kami menyusuri sungai dan kesimpang sebelah kiri menaiki tebing dan seterusnya ke kemsait sg jantung..tangan tidak berhenti menghayun parang…suatu ketika trek sudah hilang punca..tp aku yakin kali ini…hanya inilah trek ke sungai jantung walau bagaimana pon tersasar…2 jam masa di ambil untuk sampai ke kaki gunung ruil ini..dahulu hanya 1 jam perjalanan kata aku..pacat sudah tidak menjadi masalah buat aku..aku sudah tidak heran lagi kerana aku tahu..hari ini kami semua akan keluar dari trek trans gopeng ini..berbalik pada azizah…aku sudah tidak menghiraukan dia lg…jiwa aku tertekan…aku harap azizah dapat memahami keadaan ini..inilah hakikat dunia pergunungan yg perlu ditempuhi…inilah masa pendaki2 gunung perlu menempuhi..inilah hobi yg mengunakan mental dan fizikal…inilah hobi dimana kita dapat menilai erti persahabatan sejati…inilah masa yg dapat diisi untuk menghilangkan segala kekusutan..inilah tempat untuk meghilangkan tekanan jiwa..disinilah tempat bertemu jodoh rakan2 sepergunungan…dan disini jua aku menghabiskan masa bersama kawan2…aku amat berharap kenangan dan pergalaman ini dapat mendewasakan kita…aku amat berharap azizah dapat mengambil peluang yg ada ini untuk mendekati diri dengan alam semulajadi yg tak tercemar…angaplah xpdc ini menjadikan kita waras berfikir…

Pkl 12.30 tgh kami sampai dikemsait sg jantung…kepuasan ternyata terpancar dlm diri aku…aku sudah tidak melihat kelibat azizah lagi..mungkin azizah dapat menyesuaikan diri dengan kawan2 baru serta alam semulajadi..aku berpuas hati dengan suasana ini…biarlah azizah menghadapi cabaran ini dengan melihat sendiri…dengan semangat yg berkobar2 hendak keluar ke kg sg ruil…aku mengarahkan rakan2 mendaki dahulu keluar kerana aku tahu mereka pasti tidak sabar dengan dunia reality…pendaki akan melalui laluan yg mencabar fizikal dimana trek agak mendongak atau pacak…aku hanya tersenyum melihat kelibat degusan dan riak wajah masing2…aku sudah melalui trek ini…aku biarkan seorang demi seorang memintas aku…aku tersedar bahawa aku lah org terakhir di trek ini….aku puas.setelah melihat azizah agak slow dan x bermaya..aku cuba membawa beg azizah…aku tahu azizah tidak ikhlas memberikan beg dia pada aku..tp aku tahu hanya itulah kali terakhir yg dapat aku bantu dia…biarlah dia nak mengatakan apa2 pon pada diri aku…aku hanya menjalankan tugas dan amanah..tidak sedikit pon jiwa aku meminta pembalasan dan belas kasihan…aku hanya ingin melihat azizah berpuas hati dan gembira sepanjang melalui liku2 xpdc ini…biarlah kenangan pertama kali mendaki ini terpahat kukuh didalam sanubari azizah…hanya itu yg mampu aku lakukan…setelah azizah mengambil kembali beg dia..aku tahu bahawa puncak gunung ruil semakin hampir..aku terus kehadapan meningalkan azizah bersama sweeper …aku berpesan pada org terakhir supaya hari ini biarlah kita semua keluar pada hari siang…aku menuju ke puncak gunung ruil dengan beralaskan roti pada hari ini…sedikit serapan pagi tidak melunturkan semangat yg ada pada diri ini…hanya roti menjadi tenaga aku pada pendakian terakhir ini…aku ingin lihat raut wajah kegembiraan semua peserta…itu sahaja permintaan dari aku…setelah sampai di puncak gng ruil pada pkl 6 ptg…aku bergegas turun ke kg asli sg ruil…terpancar kegembiraan rakan2 dibawah sana…aku hanya mampu bersyukur pada ilahi…aku tidak mampu meluahkan kegembiraan aku dengan kata2….hanya sekelumit doa aku panjangkan untuk ilahi…jam menunjukan pkl 7.30 mlm dan aku telah sampai dibawah…kelibat org terakhir sampai jam pkl 8.30 mlm..semua sampai dengan target yg aku rancangkan..aku melihat kelibat azizah dengan riak wajah senyuman…aku tahu sedikit penyesalan dlm diri dia…aku tahu kesakitan mungkin azizah alamii..inilah hakikat sebuah xpdc..inilah kepuasan yg tidak dapat dijual beli…inilah keseronokan yg tiada jawapan…inilah pergalaman yg tidak dapat dirasai oleh org lain..inilah kesakitan yg tidak dapat dibayar dengan wang ringgit…inilah kudrat yg terpaksa pendaki2 gunung perlu harungi…inilah sebuah perjalanan yg menyimpan seribu satu kenangan dlm diri setiap pendaki….inilah erti sebuah kehidupan…inilah erti kerinduan pada hutan pada diri aku…aku harap azizah tidak mengakhiri perjalanan perit dan xpdc-xpdc lain selepas ini…hanya satu aku pinta…jangan lah menyalahkan diri sendiri..jgn jadikan keyakinan diri sebagai penghalang…dan janganlah hanya mengikuti sesuatu xpdc dengan sesebuah kumpulan sahaja….sesunguhnya xpdc seperti ini dapat mengeratkan silaturahim sesama kita…ampun maaf buat semua…x semudah yg disangka bila berdepan dengan alam semulajadi…kita sahabat sejati alam…jgn merindui diri ini…rindulah pada alam semulajadi…amin…aku peawaiii kali ini…ekekekkekekekekeke…73…88 jumpa lagi next trip.

No comments:

Post a Comment