Friday, October 22, 2010

kenangan yg lalu

‘Trip balas budi’ Bt puteh 6993’ kuala woh tapah perak by belantik imaginasi



Alhamdulilah syukur pada kali ini aku berjaya jugak menjejakan kaki ke gunung bt puteh setelah beberapa tahun ingin menakluki dan menawan puncak gunung yang agak mencabar minda dan fizikal secara keseluruhan,mencabar kesabaran dan mencabar keupayaan diri dalam perjalanan yg agak perit ini terutama pada pendaki-pendaki baru seperti aku…..disini aku sempat mencatit perjalanan dan liku-liku sepanjang pendakian ke gunung batu puteh yang agak terkenal di kalangan pendaki gunung…



Hari pertama bermulalah satu episod baru pendakian yang agak terharu dan terasa menakjubkan apabila penantian selama beberapa tahun akhirnya menjadi kenyataan.



Perjalanan bermula di rumah pump loji pembersihan air kuala woh,Dimana terletaknya sebuah perkampungan orang asli,perjalanan turun menyusuri sungai dimana laluan orang asli mencari rezeki.jika kita berjalan kehadapan,bermakna sungai besar akan berada disebelah kanan kita…trek yg agak landai menyusuri sebelah sungai besar dan agak nyaman takala burung-burung berkicauan,ungas-ungas menyambut kedatangan pendaki dari segenap lapisan….agak perlahan di awal pendakian kerana susur denai agak landai dan aku kerap melihat sungai yg begitu bersih tanpa kerosakan atau kemusnahan dek perbuatan jentera-entera berat..setelah berjalan tanpa henti,dimana kudrat masih kuat di awal pagi,perjalan selama 1 jam ini berhenti di tepi sungai dimana terdapat sungai yang bercabang seakan huruf Y..sungai ini dinamakan sungai Y oleh pendaki-pendaki gunung..terdapat kemudahan jambatan buluh yg dibina oleh orang asli.Menyeberangi jambatan buluh ini agak gayat bilamana, pertama kali jambatan yg dibina dan disokong oleh srukturnya di perbuat menggunakan buluh serta rotan yg diikat pada pokok. Pendaki terasa terhoyong hayang dek kerana beban yg berat di bahu apabila menyeberang mengunakan jambatan buluh tersebut…behenti disini untuk berehat seketika sementara menunggu rakan-rakan yg lain.terdapat 2 jambatan buluh yg menyeberangi sungai Y ini dimana laluan yg digunakan oleh orang asli ke daerah bidor.pendaki dikehendaki hanya menyeberang satu jambatan buluh sahaja.terdapat simpang di penjuru sungai y tersebut,naik ikut laluan tebing dan akan jumpa pokok nenas liar disebelah kiri dan kanan.lebih kurang 5 minit kehadapan,masuk kearah simpang kekanan dimana terdapat anak sungai yg berakar.seberang anak sungai tersebut dan akan jumpa semula laluan yg menaik.



Tibalah saat yg dinanti oleh semua pendaki di mana kekuatan,keegoan,kemahiran dan keupayaan seseorang diuji dengan mendaki sebuah bukit yg agak curam..trek agak menaik,peluh jantan habis membasahi pakaian pendaki,kudrat yg di miliki tingal sedikit sahaja.mulut agak terkumat kamit mengatakan sesuatu…takala melayan trek yg naik mengila selama 45 minit itu,pendaki akan di beri ujian lagi…kali ini trek menurun menyusuri tebing anak bukit yg telah di daki tadi…lebih kurang 15 minit menurun,pendaki akan merasa seolah-olah berada di lembah V.ada anak sungai mengalir di celah-celah batu,jernih dan berkilauan.berehat sebentar di lembah ini untuk mengambil semula kudrat yg hilang hampir 1 jam melayan karenah bukit yg tak mengerti apa-apa itu.



Selepas mendapat semula kekuatan yg hilang di lembah V,pendaki sekali lagi di uji dengan di paksa mendaki lg sebuah anak bukit.kali ini bukit ini tidak lg mengenal siapa empunya diri pendaki.menaik, menaik dan menaik trek dia.apa yg mampu dibuat hanyalah mampu tersenyum dikala aku melihat sayup jauh kebawah.lebih kurang 30 minit pendakian di anak bukit itu,terasa keupayaan diri telah diuji.rehat sebentar untuk memulihkan tenaga yg banyak hilang dek kerana trek yg tak mengenal erti kasihan untuk para-para pendaki itu.trek semula menurun ke lembah di mana kali ini pendaki diuji lg dengan menyusup dibawah pepohon buluh yg sembah ke bumi.lebih kurang 7 dan 8 kali juga terpaksa meniarap dan meranduk di bawah pepohon buluh.alhamdulilah terdengar air sungai terlalu hampir.mengikut perkiraan sungai yg didengari itu berada di sebelah kanan perjalanan.trek menurun lagi hampir betul-betul ternampak sungai dan menaik sikit kekiri menyusuri trek buluh dan akan sampai di sebatang anak sungai…cantik sungai ni.diseberang sungai terdapat sebuah kawasan perkemahan..rehat di sini untuk makan tegahari.perjalanan untuk sampai disini lebih kurang 1 jam.dr lembah V tadi.



Setelah mengalas perut dan memulihkan tenaga disini,peserta perlu mengambil bekalan air untuk kegunaan trekking.tidak terdapat lagi sungai dihadapan selepas berhenti rehat untuk makan tengahari.trek agak semak seketika diawal perjalanan,selepas itu.trek agak lapang apabila berada di bawah pokok-pokok besar.terdapat pepohon bertam di sepanjang trek yg menaik.trek menaik agak landai dan tidak terlalu pacak kata pendaki pendaki.bg aku trek ini agak panjang.lebih kurang 2 jam pendakian pendaki akan berjumpa dengan kawasan lapang.kawasan ini di pangil kem balak 1.berhenti rehat seketika untuk melepas penat lelah.trek menaik lagi ke kawasan denai yg agak cerah ke kemsait balak 2.masa diambil untuk ke kem balak 2 ini dr kem balak 1 hanyalah setengah jam.di sini pendaki buleh bermalam atau meneruskan perjalanan jika hari masih panjang.jika bermalam di sini,keluasan kemsait buleh menampung pendaki seramai 40 orang.punca air terdapat dilaluan sebelah kiri.untuk mendapatkan bekalan air,pendaki perlu menuruni lembah lebih kurang 5 minit.



Hari kedua,jika tidak mahu bermalam dikem balak 2,pendaki masih ada pilihan untuk bermalam di kemsait gua azan.perjalanan perlu menyusuri punca air di sebelah kiri dan menaik semula ke permatang diatas sebelah anak sungai tadi.perjalanan agak menaik mengikut permatang.lebih kurang 1 jam pendaki akan menuruni lembah.dilembah ini pendaki buleh berhenti rehat.jika ingin meneruskan perjalanan,pendaki perlu mendaki kehadapan tebing lembah tersebut..agak kepenatan juga untuk menenpuh permatang yg agak menaik ini.dr lembah tersebut,lebih kurang setengah jam perjalanan,pendaki akan berjumpa laluan agak lapang dan penanda simpang ke gua azan terdapat sepohon kayu mati ditepi laluan terus.ambil simpang kiri sehingga sampai ke gua azan.pendaki buleh bermalam disini.punca air jauh ke bawah.perjalanan menuju ke puncak perlu keluar melalui simpang keluar,bukan simpang yg masuk.



Perjalanan diteruskan ke bt kak…trek agak menurun dan sesambil menaik sedikit.sampai di kawasan bt kak pendaki perlu menaiki batu dan tangga yg dibuat dr kayu hutan.agak gayat juga disini.perjalanan dr kem balak 2 mengambil masa 2 jam setengah manakala perjalanan dr kemsait gua azan selama 1 jam setengah.setelah menaiki laluan batu pendaki akan berjumpa dengan kawasan rehat,kekanan adalah gunung kak, kekiri adalah laluan ke bt lintang atau kemsait bt lintang.disini peserta boleh menikmati keindahan permandangan serta dapat melihat dengan sayup puncak gunung bt puteh.rehat disini untuk makan tengahari.



Setelah melepaskan lelah dan mengisi perut perjalanan diteruskan ke last water point air terjun terbunuh.perjalanan menyusuri bukit pertama dengan naik dan menurun disusuri bukit kedua.trek akan menaik dan kesejukan sudah mula terasa apabila melalui trek berbatu besar di kiri dan kanan trek.perjanan menuju ke last water point air terjun terbunuh diangarkan selama 3 jam.disini pendaki akan berjumpa kawasan lapang dan mendegar deruan air terjun yg jatuh dr batu besar.laluan menuruni untuk mengambil bekalan air untuk ke puncak agak merbahaya.berhati hati ketika menuruni laluan last water point tersebut kerana laluan agak licin dan curam.setelah mengisi air untuk bekalan ke puncak,trek akan melaui denai berbatu besar serta menaik.setelah hampir 50 minit berjalan,trek berlumut serta berlumpur akan pendaki meredahinya,trek berlumpur dan pokok berlumut menyatakan pendaki hampir sampai ke kemuncaknya.dr batu besar berbentuk gua ke puncak mengambil masa selama 15 minit.setelah pendaki merasai kesejukan berada di tempat tinggi,pendaki akan disambut dengan puncak batu putih yg disertai dengan wajah Beirut yg berdiri kukuh.beirut berukuran 10 x 10 kaki tersegam indah di susuri kemsait dibawah permatangnya.keluasan kemsait diangarkan berukuran 60’ x 10’ berkeupayaan menampung pendaki seramai 50 org.selamat datang ke PUNCAK GUNUNG BATU PUTEH…kata aku.ini hanyalah bayangan dan imaginasi aku.,dan ini juga adalah jejak langkah pendakian aku,dan ini juga adalah pengalaman aku,dan ini juga coretan yg mungkin menjadi panduan aku untuk kesana lagi,dan ini juga hanyalah sebahagian dr kehidupan aku……….73…88

No comments:

Post a Comment