xpdc gunung bujang melaka by belantik irmaginasi
Alhamdulilah dengan xpdc di bulan pertengahan shawal pada tahun ini sedikit sebanyak dapat memberikan pengalaman bermakna pada pendakian kali ini…jika sebelum ini pendakian-pendakian banyak tertumpu pada pendakian lasak dan agak memeritkan…di gunung bujang melaka ini,para pendaki tidak akan terasa bertapa susahnya mendaki gunung-gunung yg melebihi ketinggian 5000 kaki ke atas.. dengan kudrat yg masih ada pada aku kali ini sedikit sebanyak dapat merialisasikan impian menakluki gunung bujang melaka pada ketingian 4048 kaki,syukur ke hadrat ilahi dengan apa yang telah kau kurniakan pada aku selama ini….
day 01....
Bertolak ke masjid kampar yg terletak berhampiran kaki banjaran gunung bujang melaka dan gunung relau ini tidaklah sesukar mana untuk sampai kesini..dengan erti kata masjid ini terletak di jalan utama ipoh dan tapah,jika menaiki kenderaan,pendaki buleh meletakan kenderaan disini serta menukar pakaian di masjid ini…sementara menunggu rakan-rakan pendaki lain tiba..para2 pendaki bule berserapan pagi dikedai bersebelahan..pendaki juga buleh membungkus makanan untuk makan tengahari di pertengahan perjalanan.
Xpdc kali ini diiringi pendaki2 dr universiti teknologi Malaysia cawangan skudai johor...perjalanan ke air terjun melalui kawasan perkampungan batu berangkai agak meriah dan menghiburkan dengan telatah2 dan semangat yg berkobar2 oleh semua pendaki .lebih kurang 40 minit dr masjid ke starting point air terjun batu berangkai,pendaki akan membuat persedian terakhir sebelum melalui trek sebenar ke puncak gunung ini.keindahan air terjun dan ketenangan di pagi hari agak mengujakan buat pendaki baru seperti aku…besar sunguh nikmat ilahi..bisik hati kecil.sementara menunggu rakan2 lain tiba..aku seperti biasa akan memastikan kelengkapan pendakian dlm keadaan baik dan sempurna supaya tidak menimbulkan kepayahan jika berlaku keadaan tidak di ingini…dengan iringan doa dan melihat cuaca agak baik..sekelumit doa supaya perjalanan lancar dan dijauhi segala bala bencana…jom kita gerak kata aku setelah sebatang demi sebatang rokok dihabiskan….gua dah mula malas,nasi lemak dah lama habis…korang ni jalan ke merangkak..kata aku pada pokok2 di sekeliling….
Setelah menaiki sedikit bukit yg membuatkan sesak nafas di permulaan pendakian,pendaki2 akan memasuki simpang disebelah kanan dimana pendaki perlu melintas anak sungai…bg pendaki yg tiada water bag atau water pack seperti aku…(dah hancur luluh water bag aku dek kerana isi air terlebih)…tadahan mengunakan tangan,menghirup air sungai yg sejuk di pagi hari itu agak feling in love…gua dah mula perasan yg gadis- gadis utm yg turut sama pada kali ini tersenyum-senyum melihat aku yg agak daif…ahh peduli hape aku…janji aku puas dengan tegukan air secara semula jadi…ape barang main sedut-sedut pakai hose…x nature langsung…kata aku pada diri aku.menaiki tebing selepas melintas anak sungai tersebut pendaki akan mula memasuki laluan kebun getah..klu bernasib baik pendaki akan berselisih dengan penoreh getah asli…klu tidak pendaki akan menyusuri trek kebun getah hingga menemui empangan lama yg tidak digunakan,, perjalanan mengambil masa 15 minit dr luar nak kesini..…benti disini untuk meneguk air lagi…ape barang main teguk2 air…menyusahkan betul kata pendaki2 lain didalam hati.topup air disini untuk keselesaan semasa mendaki untuk sampai ke destinasi percutian ala2 kampung rumah asli yg terletak di lereng bukit dengan view yg agak menarik serta udara yg agak nyaman…lebih kurang 30 minit perjalanan sampailah disini…percutian ala2 budak bandar pulang ke kg..mengingatkan aku bertapa bumi bertuah ini masih ber untung dengan alam semulajadi…menghayati keindahan,menghirup udara segar dan byk lg kenangan semasa kecik2 dahulu terpancul di ingatan…budak kampung rupanya aku ini.eh abg asal mana???soal sorang mamat nihh….gua bdk town kata aku…sambil tersenyum seketika.keheningan dan kebasahan membasahi kami pada kali ini…cuaca agak panas kerana pendaki belum memasuki hutan sebenar…jom gerak kata aku..dah berapa kali jom aku sebut..tp pendaki mcm tidak memahami ayat jom aku itu..x pe lah mungkin di awal pendakian ini..feling mendaki tidak merasuki lagi tubuh2 manusia yg bergelar pendaki seperti aku…malas sungguh nak bergerak,berat kaki melangkah…berat lg bahu memikul haversack…pe punya kes daaa…disini pendaki selalunya akan membetulkan kembali haversack yg salah seting nya…mungkin pertama kali mendaki,tunjuk ajar dr pendaki2 yg berpengalaman di perlukan…suasana kelam kabut seperti aku sentiasa berlaku di sebabkan otak dan tangan tidak bekerja sama..maka kesalahan sentiasa berlaku…korang nak tido di rumah ni ke????sini bkn puncak gunung,,,sini kg org..lebih baik kita gerak..
Memasuki laluan kebun buah-buahan di belakang rumah asli tersebut membuatkan aku mengimbau kembali suasana hidup di town dulu…banyak betul buah durian bergelimpangan d tepi2 lorong…ahhh sekarang musim durian..ape lagi sambil2 mata memerhati laluan ke gerai2 bersebelahan,,mata liar memilih buah durian gred D60,gred kuning dan gred kacukan…pilih2 abg…sekilo 10 hingit…buah dr perak abg…ape kes nyonsang ke perak lak nihhh…upernya aku berangan je…otometik terus bidas…hoii mizi ini dusun durian lah..bkn pasar malam…enchikk nak mkn hambik lerrr,nak hambik jual je x bulehhh kata asli pd aku dedulu-dulu…ape lg rembat ahh sebiji..nak rasa je.benti tepi sungai,kopek durian dulu kata aku pada para2 pendaki…nah isi baik punya…
Lepas je menikmati isi2 durian bersama kaki2 durian…aku memberi arahan…lepas makan kita tanam biji durian nihh..len kali kita datang…dah berbuah pokok kita kata aku…menganguk je korang ekss…hahahahaha gelak jahat.setelah bergurau senda dan menipu helah, laluan mula menaik-naik..panas durian mula menghantui aku…apahal panas semacam je nihh…sini dah hutan redup,matahari dah mula sayup2 mencecah bumi..ahh x bule jadi kata aku..lalu aku pon menukar gear pendakian menuju ke persimpangan balak yg beribu-ribu nama ituu…pe nama tempat ni bang…soalan mula mengaju ke arah aku???ikut suka korang lah nak beri nama apa2 pon..sambil meneguk air yg dipau dr salah sorang peserta…bertuah juga eks aku yg x de water bag nihh…air suma di sponsor…x payah pikul berat2.serius je aku dlm benak pikiran..jauh lg ke abg nak sampai sini…soalan yg agak susah nak jawap…aaahhhh dlm setengah jam aje..menaik sikit sampai lah di tempat take lima nihh..disitu kita benti rehat lama sikit…ringankan beg,habiskan kudap-kudapan,,nanti senang bila dh ringan nak ke tempat makan tengahari kata aku dengan nada selamberr.
Setelah semua rakan2 pendaki melepaskan lelah di jln balak beribu nama ini…pendaki akan menyusur laluan kearah kanan…trek menaik bkn menurun.laluan agak lapang dengan sisa-sisa tapak kasut yg tertangal…sape lah tuan punya kasut yg bernasib malang nih..laluan untuk sampai di tempat mkn tghari ni agak mencabar fizikal..menaik tanpa belas kasihan…bg yg kekurangan mental…daya ketahan mula menurun sikit demi sedikit..aku mcm biasa menutupi kepewaian dengan serta merta.peh bule tahan canak dia..x pe bro..sikit je lagi ko akan dapat makan nasi tapau ko tuh…pelan2 kayuh,jgn cpt putus asa..nek gunung bkn mcm g KLCC kata semangat aku…aku toleh ke bawah..hanya suara je berbunyi..kelibat pendaki perempuan yg mengekori aku lansung tidak menampakan muka…tp aku dpt merasakan ape yg gadis2 itu cuba berkata-kata…muka yg berseri2 dr bawah td dah mula merah,mulut berkumat kumit,aku hanya mengagak,bro td dah tipu kita ahhh,,,dia ckp x de teruk mcm nii lepas nihhh,nak je kita lempang dia..sambil kaki x berdaya nak angkat…ada hati kunun..nk angkat kaki pon x larat inikan pula tangan..aku tersenyum sendirian…berangan ntah ape2,yelah nak menghilangkan rasa mental dengan cara aku sendiri kan…
Yeahaaaa dah sampai tempat makan tengahari..sejam setengah juga masa di ambil untuk sampai di sini..hulu anak sungai mengalir jernih,kesejukan kerongkong bila meneguk air berubat ini yg datang dr punca akar2 kayu ini sunguh mengairahkan.ape lagi buka nasi bungkus,basuh tangan,bc bismilah terus ngap dengan lahapnya…sedap juga nasi lemak awek gerai td nihh.disini pendaki akan berhenti makan tengahari selama satu jam..disini juga pendaki akan menikmati hidangan ala-ala percutian mewah 3 hari 2 malam…disini juga pendaki akan menambah tenaga yg hilang semasa pendakian hampir 3 jam yang santai itu.setelah semuanya hampir selesai menjamah makanan yg lazat2 serta bertenaga..gerakan mansuhkan ISA(inilah sindrown akut)malas bermula…jom kita gerak kata aku setelah cuaca agak suram…hujan mula membasahi kami..renyai2 sambil kesejukan mula terasa..trek agak menaik-naik.bila mo sampai tempat lapang daaaa…peh layan betul trek nihh.suku trek saja perut dah mula meminta-minta..nasi bungkus dah lama habis diproses..kalori lemak mula membakar dengan cepat..seluar dah mula londeh-londeh..pe kehal ni yop.gua baru nak tambah berat…dah nak kena tambah lemak balik huhuhuhu.sap kok lu lah kata aku yg terkena virus ISA malas.lg lama duduk lg merusuh ISA malas nihh..FRU(fight ranjer unit) datang menyetelkan keadaan..blah-blah-blah klu tidak bila nak sampai kata FRU dengan rotan d tangan…naik slow2 sampai lah ke kem lebah….sejam setengah gak la melayan napsu…yehaaa…letak beg seting khemah,g turun kat air terjun mini,sap kok dulu sambil pikir nak mandi ke tak???ahh mandi kaki buleh???mana buleh kata awek td kt aku..g mandi pastu pakai wangi2,pastu masak sedap2,pastu tido puas2…itu jer???baik x payah…pe punya arahan lerr…(sambungan)
klu bg arahan pastu kita tido sama-sama semangat gak…ahhh jiwa kacau tul nak menung tepi air sikit x bleh…bro lu dah mandi lum???kacau je gua punya angan2 nak berak td…wt semak je lu..
Day 2
Esok pagi-pagi lagi(pagi pe benda pkl 10) kami semua pendaki naik ke puncak gunung melalui trek d sebelah kiri pendaki,,klu mengadap kearah anak sungai..trek menaik ke kiri,naik x hingat punya..padan muka aku,tp sekejap je sambil berangan-angan setelah melihat gadis2 semuanya wangi2 dan cantik2 belaka…semangat betul pg nih…jln2 sambil trn naik trek sampai lah d puncak bujang melaka,,sejam setengah masa di ambil untuk org last tiba disini…selamat datang kali ke sembilan mizi…asyik2 muka hang je…tahun ni dah 3 kali hg mai sini…nak wat camne..dah hobi aku nek gunung …sambil mengucapkan terima kasih pada tuhan…syukur alhamdulilah…lain kali nak datang lagi..best tempat nih,byk simpan kenangan suka duka aku… cerita turun senang saja,naik ikut situ,,,trn pon ikt situ..lompat sana…lompat sini..terbang sana..terbang sini..kedababommm,kebubuss,kelepekpek..terap tersungkur di tanah…eh dah sampai di bawah..megic kan..ooo2 balik umah hati girang…sekian sudahhhhhhhh..tiada kena mengena ngan hidup atau yg mati..ni kisah rekaan aku..ni la kisah pendaki gunung,ni la kisah hutan-kayu kayannn….gua harap korang yg berminat nak nek gunung…buat lah persediaan mental ngan fizikal ok..yg gadis biar lawa asal begaya..yg jantan biarlah gua yg macho sensorang..le suma gua ngorat…yg peawai biar jerk kat situ…pe nyer merepek daaaa..sekian 88 to you alls.-end-
No comments:
Post a Comment