Friday, October 22, 2010

kenangan dulu-dulu

Trip gunung bubu 5437’ ulu kenas kuala kangsar perak by belantik imaginasi

Alhamdulilah sekali lagi berjaya menjejakan kaki ke gunung bubu walaupon telah beberapa kali telah menjejakan kaki kesini….walaupon telah beberapa kali kesini namun sebagai pendaki gunung,aku tidak pernah mengenal erti serik untuk mendaki lagi kesini….

Day 1-Pejalanan kali ini seperti biasa seperti sebelum ini,kerana tempat dan permulaan atau stating point masih di tempat yg sama…disini atau di tempat permulaan ini di beri nama hutan lipur ulu kenas.setelah beberapa peralatan dan packing haversack telah dikemas kini untuk memulakan perjalanan,doa dan harapan supaya dilindungi dari kejadian tidak di ingini bergema dimulut pendaki di iringi ungkapan amin…sekumat kamit doa dibaca supaya dimudahkan urusan pada pendakian pada kali ini.

Start trekking memasuki laluan belakang kem biro tata Negara berhampiran pintu masuk atau guard house.pendaki hendaklah mengambil laluan sebelah kanan tepi pintu pagar kem BTN dimana trek tanah merah dan perlu melepasi anak bukit yg cuba menguji pendaki baru seperti aku diawal pendakian.peluh memecah kesunyian di pagi hari tatkala kudrat masih bertenaga.sementara melepasi bukit malas, trek mula menurun semula ke pintu pagar belakang kem BTN.ambil simpang sebelah kanan dimana trek berbatu kerikil dicampur dengan batu konkrit .menaik sedikit bukit dan trek mula landai di iringi tiang kabel berkuasa tinggi tenaga nasional di sebelah kiri pendaki.pendaki perlu menyusuri tiang-tiang TNB untuk sampai ke mini hidro milik TNB di sebelah kanan dimana tempat melepaskan penat lelah setelah berjalan hampir sejam disini.deruan air dan bunyi bising jentera mini hidro memecah kesunyian disamping deruan air sungai yg mengalir jernih dibawah.

Awas jangan ambil simpang disebelah kanan kerana laluan tersebut adalah laluan pekerja TNB untuk selengara terowong air. terus melalui laluan jalan balak yang agak lurus selepas menghabiskan sedutan pertama rokok dunhill di check point pertama tadi dengan melalui jalan balak yg mungkin menyakitkan kaki kaki pendaki.setelah melalui jalan balak yg berliku dan luas tersebut,pendaki akan sampai di satu kawasan lapang.45 minit diambil untuk sampai disini.dihadapan tempat lapang tersebut terdapat simpang disebelah kanan.lepak dulu disini untuk check point kedua.setelah membuat cheking pacat yg berkilo kilo,yg melekat dikaki,pendakian diteruskan lagi dengan memasuki simpang di sebelah kanan.

Perjalanan diteruskan lagi dijalan balak yg agak sempit dan berlitupan dengan pokok-pokok kecil sesambil mendengar deruan air sungai disebelah kiri pendaki.sesambil berjalan pendaki perlu berhati-hati dikawasan ini kerana terdapat banyak laluan binatang buas untuk turun ke gigi air.sesambil berjalan dijalan balak yg agak lembut,pendaki tidak akan terlepas dari ribuan pacat yang cuba menghirup darah pendaki - pendaki warga kota.setelah berjalan lebih kurang sejam dilaluan balak lama yg ditingalkan oleh pembalak pembalak dahulu, ,pendaki akan sampai di jambatan kayu dimana terdapat mini air terjun disebelah kanan pendaki.rehat sebentar disini dengan menghabiskan sebatang rokok dulu.jika pendaki ingin meringankan haversack,keluarkan kudap- kudapan yg dibawa dan mengalas perut disini.setelah selesai bergambar secara gedik poyo,muka kelat dan mintak nyawa dicelah celah air terjun yg cantik ini pendakian diteruskan lagi dengan menyusuri jalan balak yg sama.

Masih dijalan balak yg sama tetapi agak berbeza sedikit dilaluan balak ini kerana laluan yg lama ditinggalkan ini semakin semak dan redup.berjalan lagi kehadapan dengan tangan asyik mencabut pacat yang mengila di kasut para para pendaki.terdapat simpang bercabang Y disini.ambil laluan yang kecil sebelah kanan dan mula menyusuri lereng lereng bukit.trek semakin redup tetapi masih dijalan balak yg sama.berjalan lagi sehingga sampai di sungai gading.disini pendaki akan berhenti makan tengahari sesambil melihat darah telah keluar membuak buak dikaki para para pendaki.menyeberang sungai gading untuk ketanah lapang atau kemsait sungai gading bg xtvt masak memasak atau xtvt memakan nasi tapau.masa yg diambil untuk sampai disini dalam masa sejam.

Perjalanan diteruskan lagi dengan memasuki denai belakang kemsait sungai gading,jalan sehingga berjumpa semula laluan trek balak yg lama ditingalkan.trek mula menaik dan memaksa pendaki yg kekenyangan mengeluh sesambil mulut mula mengata sesuatu.jika pendaki melalui susur jalan balak ini,pendaki akan mendengar deruan air sungai di sebelah kanan.jalan lagi sehingga deruan air tidak lagi kedengaran.perjalanan agak panjang dilaluan balak ini kerana trek yg berlegar legar ditebing bukit yg agak menaik.berjalan lg sehingga kedengaran semula deruan air di sebelah kanan pendaki.terdapat satu kawasan lapang disini untuk para pendaki melepaskan penat setelah hampir 2 jam menyusuri denai balak yg agak redup.naik kesimpang kiri dan trek agak mendaki lagi.setelah beberapa ketika trek akan menurun semula ke laluan sungai dimana pendaki perlu menyusuri sungai di sebelah kanan.naik lagi mengikut sungai yg berbatu besar sehingga sampai di penghujung sungai dimana terdapat 2 air terjun mini di kiri dan kanan pendaki.terdapat kemsait disini yg dinamakan kemsait sungai ulu gading.bermalam disini jika terdapat pendaki yg tidak dapat meneruskan perjalanan.

Perjalanan diteruskan lagi dengan memanjat tali yg disediakan di trek yg agak menyesal bila melepasi tali tali yg dipasang disitu…peh bule tahan gak kata aku..trek yg menaik mengila gila buat para pendaki agak rasa menyesal kerana kudrat serta mental mula bermain main mengatakan rasa penyesalan bila tidak membuat keputusan bermalam saja di kemsait sungai ulu gading.memandangkan perjalanan telah diteruskan para pendaki perlu mempunyai daya juang yg sangat tinggi untuk sampai di last water point gunung bubu.masa yang di ambil untuk sampai di last water point dengan membawa haversack selama 2 jam.pendaki tidak perlu risau kerana trek yg sigle dan deruan air buleh didengari di sebelah kanan pendaki.

Setelah tiba disini atau di last water point gunung bubu,peserta atau pendaki perlu menuruni anak sungai yg nampak jauh dibawah.. buleh mengambil air disini untuk bekalan ke puncak.berehat disini untuk menghilangkan rasa penat dan keletihan setelah bekerja agak kuat…makan kudapan yg dibawa untuk mengalas perut bagi memulihkan tenaga.bagi yang tiada bekalan makanan ringan seperti aku…hanya air sungai sahaja memberi kekuatan tenaga semula hehehehe.menyeberang anak sungai dan terus menaiki tebing disebelah dan terus memasuki semula trek ke puncak gunung bubu.
Trek yg berakar bonsai perlu pendaki memanjat sedikit demi sedikit sehingga pendaki perasan terdapat 3 kali trek menurun atau 3 kali stage landai.disini peserta telah mula merasai kesejukan angin dan merasai kehadiran bintik2 kabus.kesejukan yang menusuk ke tulang membuatkan pendaki baru seperti aku terasa kenikmatan,kepayahan,keperitan,kejerihan dan kepenatan berbaloi bilamana seseorang pendaki gunung sahaja yg dapat menikmati keindahan dan keadaan seperti ini.bertafakur sebentar sambil menikmati keindahan panaroma indah dan keunikan semulajadi.sungguh indah pengalaman ini dengan penuh kesyukuran dan keagungan ciptaan nya.setelah mendaki seketika dengan memanjat akar akar kayu yg unik…pendaki akan merasai kemuncak atau pendakian pada hari ini akan berakhir di puncak gunung bubu setelah pokok2 renek telah mula menampakan diri.masa sejam setengah diambil untuk sampai di puncak bubu dengan kiraan 2 kali take five.

Assalamualaikum ya penghuni alam….alhamdulilah dah sampai ke puncak gunung bubu yg berketinggian 5437 kaki.terdapat Beirut besi dan plate plate pendaki gunung digantung didahan2 pokok.menjenguk seketika di sebelah barat yg merupakan pemandangan Bandar kuala kangsar.dikala menunggu ketibaan para para pendaki semua sampai,sempat juga aku berhubung melalui radio amatur memberitahu segenap sahabat bahawa aku telah sampai di puncak gunung bubu.ucapan tahniah diterima dari perbagai sahabat yg setia menanti kemunculan audio dari aku.terima kasih kawan kawan….walaupon telah banyak kali sampai..ada yg tidak jemu menaikan semangat aku di puncak dengan kata kata hati hati dan tahniah semua.

Setelah pendaki semuanya sampai di puncak…perjalanan seterusnya adalah ke kem sait bubu.pendaki perlu memasuki laluan belakang puncak.menurun sedikit sahaja dengan kiraan 10 langkah..terdapat simpang disebelah kiri pendaki.ambil laluan kiri yg agak menurun.ikut laluan tersebut sehingga sampai di kemsait bubu…masa yg diambil untuk kesini lebih kurang 15 minit.YA ALLAH cantik sungguh kemsait bubu ni kata aku dlm hati.terdapat perigi yg digali untuk kegunaan pendaki.pemandangan indah bule dihayati disini dengan banjaran titiwangsa terbentang luas di mata para pendaki.huhuhu apa lagi kata aku……kem saitttttttt. selamat datang ke PUNCAK GUNUNG BUBU…kata aku.ini hanyalah bayangan dan imaginasi aku.,dan ini juga adalah jejak langkah pendakian aku,dan ini juga adalah pengalaman aku,dan ini juga coretan yg mungkin menjadi panduan aku untuk kesana lagi,dan ini juga hanyalah sebahagian dr kehidupan aku……….73…88

No comments:

Post a Comment