Friday, October 22, 2010

kenangan gituu

xpdc gng bintang by belantik irmaginasi

alhamdulilah dengan xpdc terakhir sebelum menyambut kedatangan bulan puasa..dpt juga hajat di hati setelah sekian lama untuk ke gunung bintang ini dimana xpdc 2 dlm 1 iaitu melihat sendiri kesan kerosakan stesen intergrasi gunung bintang (repeter radio amatur) yg di pasang oleh rakan2 untuk kemudahan kecemasan atau bencana dan sekaligus menawan puncak bintang...alhamdulilah walaupon dengan kudrat yg sikit serta peserta xpdc yg kecil jumlahnya...kami berjaya menawan gunung bintang....



day 01....

fuh lama betul x ke hutan rekreasi sungai sedim...pusing2 cr jln menuju ke sedim hampir2 membuatkan aku sampai d rumah mali selama ekekekeke....akhirnya dengan bantuan alat telekomunikasi radio amatur..aku berjaya sampai d kem sg riau di mana tempat bermulanya pendakian ke trek pintu rimba banjaran bintang.banyak yg sudah berubah disini...terima kasih pd kerajaan negeri kerana meningkatkan infrasruktur kawasan ini...kan nampak cantik dengan kemudahan jalan raya baru dan parking serta kebersihan yg terjaga...

pkl 9...pg....start treking menuju ke pintu rimba....huhuhuhuhu berasap tapak kaki dengan trek simen yg tak terurus....lebih kurang 7 km menapak trek simen dengan cahaya matahari di ats kepala agak menduga mental dan fizikal pendaki seperti aku....peluh telah membasahi pakaian aku..tp penamat jln simen ni belum nampak kesudahannya lagi....bule buat hangin satu badan ekekekeke.tup tap tup tap...yehaaaa dah sampai disini...rileks ahh mizi,sini br habis jln simen ekekekeke...sap kok lu lah kata aku.

10.31 pg...setelah semua sampai d akhir jln simen..perjalanan ke trek balak yg telah lama di tingalkan pon bermula...agak keras dan berbatu trek balak ni...pusing2 lereng menuruni lembah n pendaki akan jumpa sebuah anak sungai..melintasi sungai ini melalui jambatan yg di bina mengunakan beberapa anak pokok agak mengayatkan walaupon rendah dan cetek sahaja sungai ini hehhehe...seterusnya trek agak menaik menaik yg agak membosankan kata aku dlm hati...ni mesti trek balak yg memusing2 lereng tuk ssampai ke ats puncak bukit nih kata aku...layan ajelah dengan meredah resam2 dan pohon2 buluh yg tumbang...fuh bule tahan trek dia kata aku lagi ekekekkeke.setelah 2 jam perjalanaan yg agak menaik itu..pendaki akan sampai di sebuah anak sg...lepak sini untuk melepaskan dahaga n bg perokok tegar mcm aku,,disinilah masa tuk melepaskan gian n menambah narkotin kedalam badan...lepas ni kita akan ke air terun dan kita akan lunch disana kata guide aka abg mat...ok bebeh jom bdn dh mula mls klu kita lepak lama lama kata abg mat.aku hanya mengikut sahaja laluan2 yg di lalui oleh abg mat..sesambil melihat keindahan dan mengkaji laluan trek ke air terjun....lama sungguh org x ambil balak kawasan nih bisik aku dlm hati....pokok2 yg dahulunya di tarah dgn rakus telah tumbuh kembali...air2 sungai yg dahulunya merah menyala telah jernih kembali kepada keaadan asal alam...begitulah rutin pusingan hutan ini kata aku,,,kalau x ambil balak cmne negeri nak maju???klu dah dpt lesen membalak...jgn lupa tamak dan merosakan habitat semulajadi...nak ambil ke tebang ke biarlah jauh dr sumber air...ini tidak sesuka hati je sondol...eh eh sesambil merapu dan menyapu kebasahan peluh d dahi...merengus kepenatan dengan trek balak yg keras...kepuasan ternyata menghantui para2 pendaki apabila pendaki akan disambut oleh deruan air yg terjun dr batu setinggi 100 kaki...alhamdulilah dh sampai d sini...sunguh teruja melihat keindahan air terjun ini..air yg jatuh dr batu menempias ke seluruh badan dengan embun2 dan titisan air sejuk keseluruh badan...fuh alam semulajadi yg x bule digambarkan dengan kata kata.makan tengahari disini berbekal nasi bungkus yg dibawa sunguh enak sekali..walaupon dengan berlaukan satu mata...hehehhehe.cuaca sudah mula gelap..sesekali menampakan awan yg berkabus....nak hujan ni kata aku...x pe..biarlah ia membasahi hutan ini supaya tumbuh tumbuhan dapat hidup dengan segar dan manusia akan mendapat kebaikan darinya....meredah resam2 membuatkan aku membisik n mengeluh sendirian....beginilah alam yg telah diteroka untuk aktiviti membalak...menyusuri trek yg agak menaik 60 % itu membuatkan pendaki yg kekenyangan dan keletihan merengus rengus kepenatan...haduiii bila mo abis trek pacak nihhh...dalam meniti dan menaik trek balak yg kejam itu...hujan telah membasahi kami dengan guruh berdentum dentam....sejuk hinga ketulang...basah hingga ke seluruh badan...namun pendakian di teruskan dengan kudrat yg masih ada...best juga sekali sekala treking lam hujan niii...ainya dpt meghilangkan keletihan dan suhu yg sejuk dapat menaikan stamina pendaki.lebih kurang 2 jam perjalanan kita akan sampai d tempat yg dapat melihat permandangan dan tasik kata guide pd aku...setelah menyusuri trek bebuluh dan berbatu pendaki akan sampai di kawasan ini...huan telah lama berhenti dan kabus sudah lama menghilangkan diri...alam mula menampakan diri...permandangan tasik nun jauh disana mula menunjukan diri...banjaran inas mula menunjukan diri...sayup jauh mata memandang...beginilah keindahan alam...setelah bersusah payah...pendaki akan menikmatinya,begitulah hidup sebagai pendaki dan pencinta alam...inilah rutin kehidupan aku...

trek balak masih x putus2...kesakitan tumit kaki mula terasa,,kelongaran lutut mula berbunyi...aduhhh bila mau habis trek balak nih???kedengaran air terjun disebelah kiri pendaki sudah mula kuat..tp masih belum menampakan diri...mata liar memerhati...tingi air terun ni...tp pendaki tidak akan nampak,hanya mendengar...x pelah kata aku...menyusuri buluh buluh sumpit membuatkan aku kemiangan...bayak betul buluh2 halus n pokok2 sudah mula berubah dari besar ke kecil...pendaki akan merasa begitulah perubahan alam dr bawah ke atas.aku mula bersemangat untuk sampai di kem sait bunian...setelah menyusuri dan mula berjauhan dr air terjun pendaki akan mula memasuki trek permatang....inilah trek yg di tungu2 kata aku...tidak jauh dr trek permatang ini lebih kurang dr sejam..pendaki akan sampai d kemsait bunian...cantik tempat ni.keluasan kawasan perkemahan bule memuatkan 50 ke 60 pendaki.hamock juga bule di gunakan disini dengan pohoh2 pokok yg rendang.tidak rata dan bule melakukan aktivi sendiri...alhamdulilah kurang 10 minit ke pukul 6 ptg kami semua sampai....aku seperti biasa tidak dpt menahan kesejukan lantas menukar pakaian kering...air sg yg jernih dan cantik berada disebelah kanan pendaki...terasa kesejukan apabila angin dan kabus mula bertiup di tapak perkhemahan ini..suhu d angarkan 18 darjah disini...



day 2



seperti biasa pkl 9 pg kami bergerak menuju ke puncak dengan berbekalkan makanan ringan dan kudap2an...melewati trek yg menyejukan mata memandang dan kekuatan fizikal yg baru di awal pagi melalaikan pendaki dimana pendaki tidak sedar masa berjalan begitu cepat sekali....puncak pertama pendakai akan menenpuhi adalah bonsai garden...terdapat puncak disini dengan pohon2 bonsai yg diangarkan ratusan tahun...seuk mata memandang..setelah selesai aktiviti bergambar disini..pendaki akan menuruni lembah..turun naik sebanyak 7 ke 8 anak bukit...agak peawai di buatnya...semangat menawan puncak gunung bintang telah mula berkobar kobar...baru sampai puncak bintang kecil kata guide pada aku....disini sudah bule melihat puncak bintang dgn dekat...pendaki perlu menempuhi 2 puncak sebelum pendaki akan berada betul2 d puncak gunung bintang.turun naik lebih kurang 40 minit...pendaki akan sampai d sini...disinilah kemuncak...disinilah penat lelah berbaloi...disinilah impian seseorang pendaki termakbul..di sinilah kejayaan bg seorang pendaki...disinilah keindahan alam dapat dilihat...disinilah jua aku berjaya menakluki gunung bintang dengan ketingian 1862 meter.disinilah jua hasrat aku melihat stesen intergrasi radio amatur yg telah lama dipasang...aku bangga dengan rakan2 radio amatur yg memasang repeter ini walaupon ketika ini sudah tidak berfungsi lagi....terima kasih semua...tahniah semua moga kita berjumpa lagi...9w2 swl clear..73

No comments:

Post a Comment